Showing posts with label Negeri Pahang. Show all posts
Showing posts with label Negeri Pahang. Show all posts

Festival Patin Temerloh 2011


Sumber : Sinar Harian Edisi Pahang


TEMERLOH – Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dengan kerjasama akhbar Sinar Harian akan menganjurkan Festival Patin Temerloh (FPT) 2011 bertempat di Dataran Tok Gajah pada 7 hingga 9 Oktober depan.

Pengerusi FPT, Datuk Tariff Abdul Rahman berkata, lebih 5,000 pengunjung dijangka hadir pada program julung kali diadakan itu yang menghimpunkan pelbagai acara berkaitan ikan patin.

Menurutnya, penganjuran FPT itu bertujuan memastikan produk ikan patin yang menjadi tanda dagang daerah Temerloh mempunyai kesinambungan bukan hanya di peringkat lokal malah hingga ke peringkat nasional.

“Kita akan menghimpunkan penternak ikan patin dari seluruh daerah untuk terlibat dalam FPT ini supaya mereka dapat didedahkan dengan pemborong-pemborong patin Temerloh dari seluruh negara,” katanya.

Tariff yang juga Yang Dipertua MPT berkata, program itu ditaja oleh Edaran Otomobil Nasional (EON), Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pahang juga mendapat tajaan daripada beberapa sektor korporat lain.

Beliau berkata, pihak MPT menyediakan ruang niaga kepada mereka yang berminat menyertai FPT dengan bayaran sewa kanopi bersaiz 20x20 kaki, dengan harga hanya serendah RM450 sepanjang festival.

Menurutnya, mereka yang berminat untuk berniaga boleh menghubungi Bahagian Pelesenan MPT di talian 09-2901552 dengan kadar segera kerana tempat adalah terhad.

“Sepanjang festival berlangsung pelbagai acara akan diadakan antaranya pertandingan memasak ikan patin, pameran, memancing, karaoke, mewarna dan semua elemen-elemen berkaitan ikan patin.

“Pada 7 Oktober akan diadakan Forum Perdana membabitkan ahli-ahli panel terkemuka tanah air.

“Festival diteruskan dengan mini konsert artis terkemuka dan sukaneka bersama selebriti pada 8 Oktober,” katanya.

Tariff berkata, selain itu pertandingan eksplorasi berkaitan ikan patin juga akan diadakan pada Ahad 9 Oktober di mana sekurang-kurangnya 15 pasukan akan bersaing merebut hadiah wang tunai.

Beliau berkata, pelbagai lagi acara menarik diadakan dan semua info berkaitan FPT akan diberitahu dalam akhbar Sinar Harian dan Radio Pahang FM bermula hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis Berbuka Puasa Bersama PM di Padang Awam Kubang Gajah, Temerloh, Pahang

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak akan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama PM di Padang Awam Kubang Gajah, Temerloh, Pahang pada 24hb Ogos 2011 ini. Justeru itu orang ramai di sekitar daerah ini yang ingin bertemu dengan Perdana Menteri bolehlah hadir berama-ramai. Disamping berbuka puasa Perdana Menteri juga dijangka akan menyampaikan ucapannya yang sudah pasti amat dinanti-nantikan oleh rakyat di sini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat K.D.Y.T.M Tengku Mahkota Pahang

Menjunjung Kasih
Sempena Keberangkatan

K.D.Y.T.M Tengku Mahkota Pahang
Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
 
Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Pengurniaan Sumbangan Kepada Golongan Memerlukan
 Pada 23 Ramadhan 1432h bersamaan 23 Ogos 2011
Di Masjid Kampung Kuala Sentul, Maran, Pahang.

SEMUA DIJEMPUT HADIR KE MAJLIS INI
**Info : Kg Kuala Sentul Terletak kira-kira 55km daripada Medan Infodesa Kg Sri Makmur

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Khas Buat Rakan-Rakan Yang Balik Kampung Ke Terengganu Daripada Kuala Lumpur@Sejalan Dengannya

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=207636799293120&set=a.207636412626492.53385.158561804200620&type=1&theater

Di atas ialah Link rujukan daripada FB Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2

Sedikit tips yang boleh membantu di sini, jika anda menggunakan Lebuhraya Pantai Timur atau Jalan Persekutuan ke Terengganu.

1. Sila ikut jalan Jabor - Bukit Besi. Selepas R&R sila ikut kanan menghala ke Dungun.

2. Kemudian masuk ke Lebuhraya Persimpangan Bukit Besi - Ajil.

3. Boleh keluar di susur keluar Ajil atau meneruskan perjalanan ke susur keluar seterusnya di Kg Gemuruh (tetapi terdapat jalan yang masih belum di tar sepenuhnya di sekitar kawasan Persimpangan Bukit Payung dan tidak dapat dipastikan samada anda boleh keluar menggunakan susur keluar Bukit Payung)

* APA YANG PERLU DITITIK BERATKAN APABILA MENGGUNAKAN LALUAN INI,ANDA DIMINTA BERHATI-HATI DENGAN KAWASAN-KAWASAN YANG MASIH DI DALAM PEMBINAAN DAN TERDAPAT PAGAR YANG ROSAK MENYEBABKAN HAIWAN TERNAKAN SEPERTI LEMBU DAN KERBAU TURUT MENGGUNAKAN LEBUHRAYA TERSEBUT.
**PEMBUKAAN LEBUHRAYA INI BOLEH MENJIMATKAN MASA PERJALANAN DARI BUKIT BESI KE AJIL KERANA HANYA MENGAMBIL MASA LEBIH KURANG 20-30MINIT SAHAJA BERBANDING DENGAN 45-60MINIT SEBELUM INI.
***YANG TIDAK KURANG PENTING,MASIH TIADA TOL UNTUK LEBUHRAYA INI MAKA IANYA PERCUMA.

Saya & Seluruh Warga Pengurus Medan Infodesa mengucapkan Selamat Berhari Raya, Pulanglah Ke Kampung Dengan Gembira Dan Selamat

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Konvensyen Ekonomi Belia Pahang 2011

Tanggal 20 Ogos 2011 saya dan 3 orang belia mewakili Belia MAYC Tunas Jaya Kg Sri Makmur ke Konvensyen Ekonomi Belia Pahang 2011 yang telah diadakan di Hotel Zenith, Kuantan.

Konvensyen Ekonomi Belia Pahang 20 Ogos 2011

Konvensyen ini menuntut supaya para belia menggunakan segala peluang yang ada untuk meningkatkan taraf ekonomi belia. Ini juga membantu mengurangkan pengangguran dikalangan belia. Khususnya di Negeri Pahang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

No Khidmat Pelanggan bagi komputer atau laptop dell


Hari ini saya telah didatangi penduduk Kg Sri Makmur dengan laptop Dell yang bermasalah dan masih ada jaminan pengilang.

Setelah menghubungi pihak Dell masalah ini akan diselesaikan oleh mereka dalam tempoh maksima 3hari bekerja, secara tidak langsung Pengurus MID juga boleh membantu masyarakat sekitar dengan permasalahan teknikal komputer/laptop Dell yang bermasalah tanpa perlu tahu secara lebih mendalam
mengenai cara pembaikan komputer.

Saya kongsikan no tel khidmat pelanggan Dell 1-800-88-1306

Disebabkan Pengurus MID mungkin menerima pelanggan yang memerlukan khidmat
pakar untuk menyelesaikan masalah komputer atau laptop Dell,no khidmat pelanggan
ini sangat penting.

Sebarang masalah bagi komputer atau laptop jenama Dell sila dapatkan nasihat daripada
pegawai mereka. Anda boleh meneruskan perbualan dengan berbahasa Inggeris atau memohon untuk berbahasa Melayu daripada pegawai yang bertugas.

Tetapi sebelum membuat panggilan sila pastikan anda bersedia dengan :-
1. Nama penuh pelanggan yang telah mendaftar komputer/laptop dell tersebut
2. Express service code yang terdapat pada label putih dibelakang atau tepi komputer atau laptop tersebut
3. Service tag (kod 7 nombor/huruf) bersebelahan dengan express service code
4. Dan akhir sekali kod permasalahan atau penerangan mengenai permasalahan anda
butiran di atas amat perlu bagi membantu kita untuk berurusan dengan pegawai Dell yang bertugas.

Ikhlas Daripada MID Kg Sri Makmur

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pertandingan Menghias Blog Sempena Bulan Kemerdekaan

Sempena Bulan Kemerdekaan ini peluang besar kepada blogger semua (termasuk Pengurus MID dan juga pemilik blog Notakanan :) )untuk menyertai pertandingan Kempen Hias Laman Web/Blog dengan Jalur Gemilang. Hadiah menarik menanti anda semua. Berikut merupakan penerangan berhubung pertandingan tersebut.




    Hiaskan laman web/blog anda dengan Jalur Gemilang dengan cara paling kreatif bagi menggambarkan kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan Ogos dan September ini. Hiasi laman web/blog anda dan menangi hadiah wang tunai berjumlah RM7,500. Setiap laman web/blog yang mahu dipertandingkan mesti dihiasi dengan logo rasmi kempen dan bendera Jalur Gemilang.
    Rakam foto laman web/blog anda dengan menggunakan kaedah "screenshot" dan hantar kepada kami untuk dinilai. Laman web/blog yang paling kreatif serta menarik akan memenangi hadiah berupa: Hadiah pertama: Wang tunai sebanyak RM3,000 Hadiah kedua: Wang tunai sebanyak RM2,000 Hadiah ketiga; Wang tunai sebanyak RM1,000 Hadiah saguhati: Wang tunai sebanyak RM300 untuk tiga pemenang Syarat penyertaan: 1. Peserta hendaklah rakyat Malaysia. Tetapi kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad, anak-anak syarikat serta saudara-mara mereka tidak layak menyertainya. 2. Pertandingan terbuka kepada semua laman web/blog yang dimiliki rakyat Malaysia, baik dihos di dalam negeri atau di luar negara. 3. Jika penyertaan dihantar oleh orang lain, hanya pemilik laman web/blog sahaja dianggap pemenang. 4. Semua foto screenshot laman web/blog untuk dipertandingkan hendaklah dihantar ke Utusan Online (http://www.utusan.com.my) 5. Peserta boleh menghantar lebih dari satu laman web/blog tetapi setiap orang hanya layak memenangi satu hadiah sahaja. 6. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan nama sebenar pengirim (seperti tertera di MyKAD), nombor MyKAD (maklumat ini akan dirahsiakan), alamat pengirim (maklumat ini akan dirahsiakan), lokasi umum pengirim (contoh: Kota Bahru, Kelantan), nombor telefon bimbit (maklumat ini akan dirahsiakan), emel pengirim (maklumat ini akan dirahsiakan), URL laman web/blog dan keterangan gambar. 7. Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan. 8. Penganjur tidak bertanggungjawab jika berlaku kerosakan pada foto yang dihantar. 9. Laman web/blog yang memenuhi syarat dan kriteria pertandingan sahaja yang akan dipertimbangkan. 10. Urusetia kempen mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan atau tidak foto-foto laman web/blog yang dihantar untuk pertandingan. 11. Urusetia kempen juga mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan foto-foto yang dihantar untuk pertandingan dalam laman-laman web dan akhbar Utusan. 12. Keputusan urusetia termasuk mengenai pemenang-pemenang mingguan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.





MID Kg. Sanggang, Temerloh, Pahang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kembara Merdeka- MID Kg Ulu Cheka


Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan Peringkat Negeri Pahang 2011 Daerah Jerantut telah berlangsung pada 9.8.2011 (Selasa) di Perkarangan Masjid Kg. Ulu Cheka, Jerantut,Pahang. Majlis telah dirasmikan oleh ADUN Damak, Dato' Lau Lee dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Penerangan Pahang, Pegawai Penerangan Daerah Jerantut dan Pegawai JASA Parlimen Jerantut.

Di majlis yang sama, Dato' Lau Lee telah memberi sumbangan kerusi dan meja bagi kegunaan Masjid Kg. Ulu Cheka dan juga menyampaikan sumbangan hari raya kepada warga emas/OKU di Kg. Ulu Cheka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MASJID KG KUALA MAI

Alhamdulillah, Majlis berbuka puasa bersama penduduk kampung berjaya diadakan di Masjid Kampung Kuala Mai pada 12hb Ogos 2011 bersamaan 12 Ramadhan 1432 Hijrah.


Menu juadah berbuka puasa

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran yang YB Dato' Hj. Mohamed bin Hj Jaafar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Jenderak untuk berbuka puasa bersama penduduk kampung.

Kiri : YB. Dato' Hj Mohamed bin Hj Jaafar dan sebelahnya Tn Hj Sarif bin Azib Pengerusi JKKK Kampung Kuala Mai.

Menungu waktu berbuka

Beratur menunggu giliran unuk mengambil juadah berbuka puasa


Kanak-kanak juga hadir bagi memeriahkan suasana.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Program Kembara Merdeka~ (M.I.D PAMAH KULAT)

Salam ramadhan utk semua .. program kembara merdeka,jalur gemilang Ramadhan peringkat negeri Pahang daerah Raub.. yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, berlansung semalam  10 Ogos 2011. Konvoi merdeka tersebut yang singgah berbuka puasa dan berterawih di daerah Raub menjadikan kampung Pamah Kulat sebagai destinasi persinggahan mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Hak cipta terpelihara MID Malaysia. Powered by Blogger.