Showing posts with label MID Kampung Sanggang. Show all posts
Showing posts with label MID Kampung Sanggang. Show all posts

Festival Patin Temerloh 2011


Sumber : Sinar Harian Edisi Pahang


TEMERLOH – Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dengan kerjasama akhbar Sinar Harian akan menganjurkan Festival Patin Temerloh (FPT) 2011 bertempat di Dataran Tok Gajah pada 7 hingga 9 Oktober depan.

Pengerusi FPT, Datuk Tariff Abdul Rahman berkata, lebih 5,000 pengunjung dijangka hadir pada program julung kali diadakan itu yang menghimpunkan pelbagai acara berkaitan ikan patin.

Menurutnya, penganjuran FPT itu bertujuan memastikan produk ikan patin yang menjadi tanda dagang daerah Temerloh mempunyai kesinambungan bukan hanya di peringkat lokal malah hingga ke peringkat nasional.

“Kita akan menghimpunkan penternak ikan patin dari seluruh daerah untuk terlibat dalam FPT ini supaya mereka dapat didedahkan dengan pemborong-pemborong patin Temerloh dari seluruh negara,” katanya.

Tariff yang juga Yang Dipertua MPT berkata, program itu ditaja oleh Edaran Otomobil Nasional (EON), Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pahang juga mendapat tajaan daripada beberapa sektor korporat lain.

Beliau berkata, pihak MPT menyediakan ruang niaga kepada mereka yang berminat menyertai FPT dengan bayaran sewa kanopi bersaiz 20x20 kaki, dengan harga hanya serendah RM450 sepanjang festival.

Menurutnya, mereka yang berminat untuk berniaga boleh menghubungi Bahagian Pelesenan MPT di talian 09-2901552 dengan kadar segera kerana tempat adalah terhad.

“Sepanjang festival berlangsung pelbagai acara akan diadakan antaranya pertandingan memasak ikan patin, pameran, memancing, karaoke, mewarna dan semua elemen-elemen berkaitan ikan patin.

“Pada 7 Oktober akan diadakan Forum Perdana membabitkan ahli-ahli panel terkemuka tanah air.

“Festival diteruskan dengan mini konsert artis terkemuka dan sukaneka bersama selebriti pada 8 Oktober,” katanya.

Tariff berkata, selain itu pertandingan eksplorasi berkaitan ikan patin juga akan diadakan pada Ahad 9 Oktober di mana sekurang-kurangnya 15 pasukan akan bersaing merebut hadiah wang tunai.

Beliau berkata, pelbagai lagi acara menarik diadakan dan semua info berkaitan FPT akan diberitahu dalam akhbar Sinar Harian dan Radio Pahang FM bermula hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis Berbuka Puasa Bersama PM di Padang Awam Kubang Gajah, Temerloh, Pahang

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak akan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama PM di Padang Awam Kubang Gajah, Temerloh, Pahang pada 24hb Ogos 2011 ini. Justeru itu orang ramai di sekitar daerah ini yang ingin bertemu dengan Perdana Menteri bolehlah hadir berama-ramai. Disamping berbuka puasa Perdana Menteri juga dijangka akan menyampaikan ucapannya yang sudah pasti amat dinanti-nantikan oleh rakyat di sini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pertandingan Menghias Blog Sempena Bulan Kemerdekaan

Sempena Bulan Kemerdekaan ini peluang besar kepada blogger semua (termasuk Pengurus MID dan juga pemilik blog Notakanan :) )untuk menyertai pertandingan Kempen Hias Laman Web/Blog dengan Jalur Gemilang. Hadiah menarik menanti anda semua. Berikut merupakan penerangan berhubung pertandingan tersebut.




    Hiaskan laman web/blog anda dengan Jalur Gemilang dengan cara paling kreatif bagi menggambarkan kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan Ogos dan September ini. Hiasi laman web/blog anda dan menangi hadiah wang tunai berjumlah RM7,500. Setiap laman web/blog yang mahu dipertandingkan mesti dihiasi dengan logo rasmi kempen dan bendera Jalur Gemilang.
    Rakam foto laman web/blog anda dengan menggunakan kaedah "screenshot" dan hantar kepada kami untuk dinilai. Laman web/blog yang paling kreatif serta menarik akan memenangi hadiah berupa: Hadiah pertama: Wang tunai sebanyak RM3,000 Hadiah kedua: Wang tunai sebanyak RM2,000 Hadiah ketiga; Wang tunai sebanyak RM1,000 Hadiah saguhati: Wang tunai sebanyak RM300 untuk tiga pemenang Syarat penyertaan: 1. Peserta hendaklah rakyat Malaysia. Tetapi kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad, anak-anak syarikat serta saudara-mara mereka tidak layak menyertainya. 2. Pertandingan terbuka kepada semua laman web/blog yang dimiliki rakyat Malaysia, baik dihos di dalam negeri atau di luar negara. 3. Jika penyertaan dihantar oleh orang lain, hanya pemilik laman web/blog sahaja dianggap pemenang. 4. Semua foto screenshot laman web/blog untuk dipertandingkan hendaklah dihantar ke Utusan Online (http://www.utusan.com.my) 5. Peserta boleh menghantar lebih dari satu laman web/blog tetapi setiap orang hanya layak memenangi satu hadiah sahaja. 6. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan nama sebenar pengirim (seperti tertera di MyKAD), nombor MyKAD (maklumat ini akan dirahsiakan), alamat pengirim (maklumat ini akan dirahsiakan), lokasi umum pengirim (contoh: Kota Bahru, Kelantan), nombor telefon bimbit (maklumat ini akan dirahsiakan), emel pengirim (maklumat ini akan dirahsiakan), URL laman web/blog dan keterangan gambar. 7. Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan. 8. Penganjur tidak bertanggungjawab jika berlaku kerosakan pada foto yang dihantar. 9. Laman web/blog yang memenuhi syarat dan kriteria pertandingan sahaja yang akan dipertimbangkan. 10. Urusetia kempen mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan atau tidak foto-foto laman web/blog yang dihantar untuk pertandingan. 11. Urusetia kempen juga mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan foto-foto yang dihantar untuk pertandingan dalam laman-laman web dan akhbar Utusan. 12. Keputusan urusetia termasuk mengenai pemenang-pemenang mingguan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.





MID Kg. Sanggang, Temerloh, Pahang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Hak cipta terpelihara MID Malaysia. Powered by Blogger.