Sumber : Sinar Harian Edisi Pahang
TEMERLOH – Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dengan kerjasama akhbar Sinar Harian akan menganjurkan Festival Patin Temerloh (FPT) 2011 bertempat di Dataran Tok Gajah pada 7 hingga 9 Oktober depan.
Pengerusi FPT, Datuk Tariff Abdul Rahman berkata, lebih 5,000 pengunjung dijangka hadir pada program julung kali diadakan itu yang menghimpunkan pelbagai acara berkaitan ikan patin.
Menurutnya, penganjuran FPT itu bertujuan memastikan produk ikan patin yang menjadi tanda dagang daerah Temerloh mempunyai kesinambungan bukan hanya di peringkat lokal malah hingga ke peringkat nasional.
“Kita akan menghimpunkan penternak ikan patin dari seluruh daerah untuk terlibat dalam FPT ini supaya mereka dapat didedahkan dengan pemborong-pemborong patin Temerloh dari seluruh negara,” katanya.
Tariff yang juga Yang Dipertua MPT berkata, program itu ditaja oleh Edaran Otomobil Nasional (EON), Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pahang juga mendapat tajaan daripada beberapa sektor korporat lain.
Beliau berkata, pihak MPT menyediakan ruang niaga kepada mereka yang berminat menyertai FPT dengan bayaran sewa kanopi bersaiz 20x20 kaki, dengan harga hanya serendah RM450 sepanjang festival.
Menurutnya, mereka yang berminat untuk berniaga boleh menghubungi Bahagian Pelesenan MPT di talian 09-2901552 dengan kadar segera kerana tempat adalah terhad.
“Sepanjang festival berlangsung pelbagai acara akan diadakan antaranya pertandingan memasak ikan patin, pameran, memancing, karaoke, mewarna dan semua elemen-elemen berkaitan ikan patin.
“Pada 7 Oktober akan diadakan Forum Perdana membabitkan ahli-ahli panel terkemuka tanah air.
“Festival diteruskan dengan mini konsert artis terkemuka dan sukaneka bersama selebriti pada 8 Oktober,” katanya.
Tariff berkata, selain itu pertandingan eksplorasi berkaitan ikan patin juga akan diadakan pada Ahad 9 Oktober di mana sekurang-kurangnya 15 pasukan akan bersaing merebut hadiah wang tunai.
Beliau berkata, pelbagai lagi acara menarik diadakan dan semua info berkaitan FPT akan diberitahu dalam akhbar Sinar Harian dan Radio Pahang FM bermula hari ini.

0 comments:
Post a Comment