Showing posts with label Negeri Melaka. Show all posts
Showing posts with label Negeri Melaka. Show all posts

PEMERIKSAAN HARTA MODAL & INVENTORI BAGI MID NEGERI MELAKA & N. SEMBILAN

PEMANTAUAN ASET ( HARTA MODAL & INVENTORI ) MEDAN INFODESA DI NEGERI MELAKA & N. SEMBILAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SALAM MERDEKA RAYA...




Jalan-jalan keliling kota
Singgah sebentar di hujung pekan
Marilah kita turut serta
Jalur Gemilang kita kibarkan



Berdera berkibar di rumah En Os
Di halaman rumah pasang pelita
menjelang tiba tiga puluh satu ogos
Tarikh kemerdekaan negara kita



Kaum melayu, cina dan india
Hidup sejahtera bersatu padu
Jasa pemimpin jangan di lupa
Rakyat terbilang negara maju.


Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1 Malaysia kita berjuang
Janji Kita di tepati

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 
SALAM KEMERDEKAAN 

DARI KAMI WARGA MID PENGKALAN RAMA PANTAI MELAKA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gotong royong sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak

" Kebersihan itu sebahagian daripada iman" .

   Sempena meraikan kedatangan bulan Ramadhan bulan yang mulia, bertarikh 12 Julai 2012 warga Medan Infodesa ( MID) Pengkalan Rama Pantai beserta para pengunjung setia MID telah menjalankan gotong royong membersihkan kawasan persekitaran MID.










Syukur alhamdulillah kerana ramai yang sudi hadir untuk membantu..selepas penat membersihkan kawasan persekitaran, mereka dijamu dengan sedikit jamuan...

ermm pisang goreng...
 & teh o..kurang manis...huhu

Sekian...
salam manis dari MID Pengkalan Rama Pantai

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENILAIAN OUTCOME ,KAMPUNG GADEK, MELAKA


Borang Kaji selidik yang telah disediakan oleh pihak kementerian untuk di isi oleh  "enumerator"
Bagi memenuhi keperluan yang digariskan oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan , Jabatan Perdana Menteri di samping melihat keberkesanan Medan Infodesa sebagai pusat latihan ICT setempat, satu kerja lapangan penilaian "outcome" telah dijalankan di Kampung Gadek Melaka.

Sebahagian pengurus Mid Melaka telah di lantik sebagai "enumerator" bagi melaksanakan tugasan ini.
Alhamdulillah kami berjaya melaksanakan tugasan yang di berikan pada tanggal 16 & 17 Jun 2012.



Oleh kerana faktor jarak, terdapat beberapa pengurus Mid yang terpaksa menginap di Homestay Gadek....


Bagai di penjara janji...huhu , antara corat -coret sekitar kerja lapangan  di jalankan

Kesudian untuk ditemu ramah serta layanan mesra oleh penduduk Kampung Gadek amatlah kami hargai.


Pengurus -pengurus yang terlibat....p/s : Sila abaikan  buah durian di bawah tue...hehehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MESYUARAT LEMBAGA PENGURUSAN MEDAN INFODESA ( KKLW CAWANGAN NEGERI MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN )

 Pada tanggal 4 Jun 2012 , telah berlansung Mesyuarat Lembaga Pengurusan Medan Infodesa ( MID) BIL 1/ 2012 di bawah PCN  Negeri Sembilan /Melaka bertempat di bilik mesyuarat Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek Cawangan Negeri Sembilan.

Antara agenda yang di bahaskan ketika mesyuarat ialah

* Pembentangan secara ringkas mengenai laporan aktiviti setiap MID

* Perbincangan program yang bakal dilaksanakan
( Program menjurus kepada penjanaan pendapatan di MID)

* Membincangkan hal ehwal kebajikan para pengurus

* Perlantikan AJK Persatuan MID Malaysia- wakil Negeri Sembilan/ Melaka


Gambar-gambar sekitar berlansungnya mesyuarat :


Wakil Pegawai dari Bahagian Pengupayaan Komuniti & Infodesa, En Mohd Zairi Bin Said ( baju putih)
di sebelah beliau ialah Pengarah PCN N.Sembilan/ Melaka , En Adnan Bin Ahmad
Sebahagian para pengurus yang hadir...
Gabungan mantap antara Pengurus Mid N. Sembilan dan Melaka, Semoga mendatang impak kepada hala tuju Medan Infodesa..



Sekian.. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis Perasmian Penutup


Majlis perasmian penutup 'Program Satu Rumah Satu Sukarelawan anjuran Rela Daerah Jasin dan 'Program Gerak Kerja Tumpu Kemas (PGKTK) telah diadakan 
           Tempat     : Dataran Rekreasi Sg. rambai
Tarikh       : 19 November 2011
    Masa        : 9.00 Pagi - 12.00 Tgh
         Program dari pihak Rela adalah pencarian ahli baru bagi menambah keahlian Rela kawasan Jasin. Bagi yang berminat perlu mendaftarkan diri di Pejabat Rela kawasan Jasin berserta salinan photostat kad pengenalan dan 2 keping gambar untuk tujuan pemprosesan kad ahli. Banyak kemudahan yang akan diperolehi setelah menjadi anggota Rela.
         Antara acara penutup yang telah dijalankan adalah Sukaneka Rakyat Dun Sg. Rambai. Seramai 6 kumpulan yang menyertai terdiri dari orang kampung , warga Kemas, warga Rela dan kanak-kanak. Antara acara yang telah dijalankan ialah menyedut air menggunakan straw, lari kaki 3, menarik bola menggunakan gelung rotan , membaling belon menggunakan kain, lari dalam kain batik dan gerakan menggunakan dadu
        Program ini adalah kerjasama antara pihak Rela kawasan Jasin dan pihak Kemas Dun Sg. Rambai. Perasmian penutup telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Hasan B Abd Rahman Adun kawasan Sg. Rambai, Melaka

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pertandingan Komuniti 1 Malaysia Dun Sungai Rambai , Melaka

  

Komuniti Bestari Sungai Rambai , Melaka telah menerima kunjungan Panel bagi Pertandingan Komuniti 1 Malaysia pada 27 Oktober 2011

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Hak cipta terpelihara MID Malaysia. Powered by Blogger.