Program Kembara Merdeka~ (M.I.D PAMAH KULAT)

Salam ramadhan utk semua .. program kembara merdeka,jalur gemilang Ramadhan peringkat negeri Pahang daerah Raub.. yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, berlansung semalam  10 Ogos 2011. Konvoi merdeka tersebut yang singgah berbuka puasa dan berterawih di daerah Raub menjadikan kampung Pamah Kulat sebagai destinasi persinggahan mereka.


Tetamu-tetamu yang turut hadir semasa konvoi kembara merdeka semalam Dato' Shahirudin Ab Moin ADUN DONG,Pegawai daerah Raub ,wakil Jabatan Penerangan negeri Pahang , Penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung daerah Raub.

 Aktiviti yang dijalankan :
*penyerahan bendera Malaysia kepada komuniti Bestari daerah Raub.
*penyerahan sumbangan kepada fakir miskin,warga emas dan OKU.
*Ramah mesra penduduk daerah Raub dan Pemimpin.
*Berbuka puasa dan solat teraweh.
Konvoi Merdeka peringkat negeri Pahang meneruskan kembara merdeka ke Cameron Highlands selepas moreh.

 Lawatan ringkas ke M.I.D Pamah Kulat turut diadakan sebelum konvoi Merdeka ke Masjid Pamah Kulat
 untuk aktiviti Program Kembara Merdeka tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Mohd Zairi said...

tahniah kerana MID Pamah Kulat terlibat dalam aktiviti ini

Post a Comment

Hak cipta terpelihara MID Malaysia. Powered by Blogger.