Ramadhan Kareem-Medan Infodesa Sungai Rambai Barat, Melaka


MID Sg.Rambai Barat, Melaka..
Assalamualaikum w.b.t,

Di kesempatan ini, saya wakil warga Medan Infodesa Sungai Rambai Barat, Melaka ingin mengucapkan Salam Ramadhan al-Mubarak kepada semua warga Medan Infodesa dan warga Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah.

Syukur ke hadrat Ilahi, dengan izin-Nya dapat lagi kita bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini. Maka gunakanlah kesempatan yang dikurniakan oleh Allah ini untuk kita mantapkan lagi keimanan dan ketakwaan diri. Jadikanlah Ramadhan sebagai bulan untuk melatih diri menjadi manusia yang lebih ikhlas, sabar dan bersyukur.



Setiap perbuatan baik satu  ibadah
Beribadatlah seakan-akan Ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat kita kerana Ramadhan seterusnya belum tentu milik kita.  Daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. “Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah , akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.”  

Akhir kalam, di harapkan Ramadhan yang sedang kite tempuhi ini lebih bermakna dan lebih dihayati. Semoga tarbiyah dari bulan yg mulia ini akan mendidik diri menjadi insan yg lebih berilmu dan beramal dengan penuh keikhlasan.

Wassalam..
Terimalah segala amalan kami...Ya Allah..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Mohd Zairi said...

Semoga Ramadhan ini penuh bermakna buat kita semua :)

Post a Comment

Hak cipta terpelihara MID Malaysia. Powered by Blogger.