Sejarah Kampung Gagu

SEJARAH DAN ASAL NAMA KAMPUNG GAGU


Asa mulo kato dahulu, Tigo Limbago nan terjadi, Patamo, sambah menyambah, Kaduo, baso jo basi, Katigo, siriah jo pinang ’.

Kampung Gagu terletak jaraknya 8 km dari pekan Kuala Klawang di Daerah Jelebu. Pemandangan kawasan kampung ini amat indah dengan diapit oleh bukit bukau, hamparan tanaman padi dan kawasan kebun getah serta dusun. Keluasan kampung keseluruhannya ialah 650 ekar termasuk Kampung Sungai Legom di bawah pentadbiran JKKK Kg. Gagu. Majoriti penduduk kampung Gagu adalah Etnik Minangkabau.

Kampung ini telah dibuka lebih dari 150 tahun yang lalu oleh peneroka yang berasal dari Minangkabau, Sumatra Barat . Asalnya kampung ini dipanggil kampung “ solok ” yang bererti “ hulu ”, saperti yang terdapat di beberapa buah kampung di Minangkabau kerana kawasannya yang agak terpencil. Ramai yang berpendapat dan merumuskan nama Kampung Gagu ini berasal dari perkataan “ ragu ” kononnya sekumpulan penduduk asal dari Minangkabau yang datang awalnya berkeadaan ragu-ragu apabila sampai di kaki Bukit Baling-Baling yang merupakan bukit tertinggi yang memisahkan Kampung Renal dan Kampung Geliu, di Hulu Klawang.

Gelaran Datuk Empat sebagai Ketua Kampung adalah gelaran yang dibawa dari Minangkabau. Dibawah naunganya ada empat suku minang yang utama:

- Suku Kota Piliang,

- Suku Sikumbang,

- Suku Jambak

- Suku Caniago

Datuk Empat adalah sebagai ketua adat dan ketua pentadbiran kampung ketika itu.

Kini kampung Gagu telah berkembang maju, boleh dihubungi melalui jalanraya yang berturap, mempunyai prasarana dan kemudahan asas yang baik dan setanding dengan kampung-kampung lain untuk kegunaan penduduk kampung. Kini kampung ini telah ditadbir oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung yang dilantik oleh kerajaan seperti mana kampung-kampung yang lain.

Kampung Gagu juga lebih terkenal dengan kebudayaan unik yang kebanyakkannya masih mengekalkan adat dan tradisi dari Minangkabau seperti tarian randai, cak lempong dan tari piring (tarinai) untuk upacara nikah kahwin dan menyambut tetamu serta pengunjung. Banyak badan-badan NGO dan orang persaorangan datang melawat kekampung ini khususnya untuk melihat lebih dekat keunikan yang ada dalam masyarakatnya.

Tidak hairanlah semenjak tahun 2000 lagi kampung ini telah banyak memenangi pelbagai anugerah dan penghargaan dari pihak-pihak tertentu. Sebagai contoh pada tahun 2009 kampung ini telah berjaya memenangi pertandingan Anugerah Desa Cemerlang di peringkat Daerah Jelebu dan layak bertanding ke peringkat negeri serta mewakili Negeri Sembilan keperingkat Kebangsaan.

Di kampung inilah juga tempat lahirnya tokoh tersohor, yang telah banyak berjasa memperjuangkan tentang sosio-budaya dan warisan melayu lama iaitu Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Bagi penduduk setempat ketokohan YB Dato’ Dr Rais Yatim tiada bandingannya, bak kata adat, beliau ibarat pemimpin yang tak lekang dek paneh dan tak lapuk dek hujan.


http://kggagu.blogspot.com/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Mohd Zairi said...

terima kasih atas maklumat ini. perkongsian yang baik.

Eyna said...

Sama-sama

Unknown said...

boleh saya dapatkan no tel ketua kg utk jalankan program dari UUM

Unknown said...

Gimana pula baso urang di kg gagu ini, adakah bunyinya masih tebal minangnya seperti urang awak di Lenggeng ?

Post a Comment

Hak cipta terpelihara MID Malaysia. Powered by Blogger.