Mari le Jengah MID Daerah Hilir Perak ,Kg.Sg Hj Muhammad,Selekoh,Perak

Assalammualaikum Para Pembaca Sekalian..

Ini lah MID Kg.Sg.Haji Muhammad






Sedikit Latarbelakang MID Kg.Sg.Haji Muhammad,Perak
*Mula Beroperasi pada Disember 2003
*Ditubuhkan sbg Pusat Latihan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) di Daerah HILIR PERAK
*Salah satu projek ICT Infodesa di bawah KKLW
*Dibina untuk merapatkan jurang ICT masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.
*MID ini dapat membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar dari aspek pendidikan khususnya ilmu yang berkaitan dengan Komputer.
*Perasmian MID ini dibuat pada 13 Nov 2005 oleh YB Dato’ Haji Ahmad Zahid Bin Haji Hamidi yang merupakan ADUN Parlimen Bagan Datoh dan juga Timbalan Menteri Pelancongan semasa itu.

Visi :Menjadikan MID ini sebuah pusat rujukan dan perkembangan ilmu ICT kepada masyarakat desa amnya dan masyarakat bandar umumnya

Misi :Menjayakan Agenda ICT Negara bagi menyediakan masyarakat celik ICT mejelang Wawasan 2020

Motto :“Medan Infodesa Sebagai Hub / Pusat Awam Kami” “MID AS OUR PUBLIC HUB”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pertukaran pengurus MID Sg Rambai

Pengurus Cik Norliza Binti Nadzir telah bertukar ke MID Pengkalan Rama Pantai
 dan telah di gantikan dengan Pn Haslina Binti Md Sani berkuatkuasa pada 12 September 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Festival Patin Temerloh 2011


Sumber : Sinar Harian Edisi Pahang


TEMERLOH – Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dengan kerjasama akhbar Sinar Harian akan menganjurkan Festival Patin Temerloh (FPT) 2011 bertempat di Dataran Tok Gajah pada 7 hingga 9 Oktober depan.

Pengerusi FPT, Datuk Tariff Abdul Rahman berkata, lebih 5,000 pengunjung dijangka hadir pada program julung kali diadakan itu yang menghimpunkan pelbagai acara berkaitan ikan patin.

Menurutnya, penganjuran FPT itu bertujuan memastikan produk ikan patin yang menjadi tanda dagang daerah Temerloh mempunyai kesinambungan bukan hanya di peringkat lokal malah hingga ke peringkat nasional.

“Kita akan menghimpunkan penternak ikan patin dari seluruh daerah untuk terlibat dalam FPT ini supaya mereka dapat didedahkan dengan pemborong-pemborong patin Temerloh dari seluruh negara,” katanya.

Tariff yang juga Yang Dipertua MPT berkata, program itu ditaja oleh Edaran Otomobil Nasional (EON), Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pahang juga mendapat tajaan daripada beberapa sektor korporat lain.

Beliau berkata, pihak MPT menyediakan ruang niaga kepada mereka yang berminat menyertai FPT dengan bayaran sewa kanopi bersaiz 20x20 kaki, dengan harga hanya serendah RM450 sepanjang festival.

Menurutnya, mereka yang berminat untuk berniaga boleh menghubungi Bahagian Pelesenan MPT di talian 09-2901552 dengan kadar segera kerana tempat adalah terhad.

“Sepanjang festival berlangsung pelbagai acara akan diadakan antaranya pertandingan memasak ikan patin, pameran, memancing, karaoke, mewarna dan semua elemen-elemen berkaitan ikan patin.

“Pada 7 Oktober akan diadakan Forum Perdana membabitkan ahli-ahli panel terkemuka tanah air.

“Festival diteruskan dengan mini konsert artis terkemuka dan sukaneka bersama selebriti pada 8 Oktober,” katanya.

Tariff berkata, selain itu pertandingan eksplorasi berkaitan ikan patin juga akan diadakan pada Ahad 9 Oktober di mana sekurang-kurangnya 15 pasukan akan bersaing merebut hadiah wang tunai.

Beliau berkata, pelbagai lagi acara menarik diadakan dan semua info berkaitan FPT akan diberitahu dalam akhbar Sinar Harian dan Radio Pahang FM bermula hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Hak cipta terpelihara MID Malaysia. Powered by Blogger.