BENGKEL PENAMBAHBAIKAN PROGRAM INFODESA (PID), KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH (KKLW).

Assalamualaikum,
 
 
BENGKEL PENAMBAHBAIKAN PROGRAM INFODESA (PID), KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH (KKLW).
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Program Infodesa (JPPID) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Bil. 1/2011 pada 29 Mac 2011 yang lepas telah memutuskan supaya satu bengkel diadakan bagi penambahbaikan Program Infodesa (PID). Selaras dengan keputusan mesyuarat, Bahagian Pengupayaan Komuniti dan Infodesa bercadang untuk menganjurkan Bengkel Penambahbaikan Program Infodesa (PID) pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

3.         Tujuan bengkel diadakan adalah untuk membincangkan isu/masalah dan kaedah yang terbaik bagi memantapkan lagi pelaksanaan PID secara keseluruhan. Sehubungan itu, Bahagian ini memohon kerjasama tuan/puan untuk turut serta menyumbang idea kearah pengembangan MID. 

4. Bersama-sama ini disertakan borang pengesahan kehadiran untuk dilengkapi serta dihantar kepada Bahagian ini selewat-lewatnya sebelum 27 September 2011.

5.         Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan berhubung dengan perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Hak cipta terpelihara MID Malaysia. Powered by Blogger.