PROGRAM KAYUHAN CINTA DESA 2011

Program Kayuhan Cinta Desa 2011 oleh ahli Kelab Associated Cyclosportif Trekkers (ACT) Pahang telah dijalankan pada 24 -25hb September 2011 yang lalu di Kg. Perlok, Ulu Cheka, Jerantut, Pahang.Seramai 26 orang ahli kelab yang hadir dan membuat kayuhan mengelilingi Kg. Perlok. Antara tempat yang dilawati ialah Makam Allahyarham Pawang Nong di perkarangan masjid Ulu Cheka, Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok dan kawasan perkelahan Gemuruh Kg. Perlok.


Ahli Kelab ACT juga telah menanam 3 batang pokok gaharu di kawasan Kg. Perlok.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BENGKEL PENAMBAHBAIKAN PROGRAM INFODESA (PID), KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH (KKLW).

Assalamualaikum,
 
 
BENGKEL PENAMBAHBAIKAN PROGRAM INFODESA (PID), KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH (KKLW).
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Program Infodesa (JPPID) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Bil. 1/2011 pada 29 Mac 2011 yang lepas telah memutuskan supaya satu bengkel diadakan bagi penambahbaikan Program Infodesa (PID). Selaras dengan keputusan mesyuarat, Bahagian Pengupayaan Komuniti dan Infodesa bercadang untuk menganjurkan Bengkel Penambahbaikan Program Infodesa (PID) pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

3.         Tujuan bengkel diadakan adalah untuk membincangkan isu/masalah dan kaedah yang terbaik bagi memantapkan lagi pelaksanaan PID secara keseluruhan. Sehubungan itu, Bahagian ini memohon kerjasama tuan/puan untuk turut serta menyumbang idea kearah pengembangan MID. 

4. Bersama-sama ini disertakan borang pengesahan kehadiran untuk dilengkapi serta dihantar kepada Bahagian ini selewat-lewatnya sebelum 27 September 2011.

5.         Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan berhubung dengan perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KURSUS ANJURAN MARA 1MALAYSIA

SESIAPA YANG BERMINAT SILA DAPATKAN BORANG DI MID BLOK ULU KUSIAL BERSERTA SALINAN I/C. SIJIL AKAN DIKELUARKAN OLEH PIHAK MARA. PESERTA HARUS BERUMUR DALAM LINGKUNGAN 15 TAHUN KEATAS, TEMPOH KURSUS YG AKAN DI JALANKAN SELAMA 8 HARI... KURSUS INI ADALAH PERCUMA. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DATANG KE MID BLOK ULU KUSIAL SECEPAT MUNGKIN. TERIMA KASIH.

Mid- mid lain yg terlibat adalah seperti: 

1.MID KANDIS, Bachok, Kelantan -(Normala)
2.MID BKT JERING, Jeli, Kelantan -(Suzerman)
3.MID BLOK ULU KUSIAL, Tanah Merah, Kelantan -(Nurli)
4.MID RENOK BARU, Gua Musang, Kelantan -(Siti Mariana)
5.MID JELAWANG, Dabong, Kelantan - (Irwana)
6.MID SUNGAI SAM, Kuala Krai, Kelantan - (Wadi)
7.MID TERATAK BATU, Pasir Putih, Kelantan -(Aida)
8.MID GUAL IPOH, Tanah Merah, Kelantan- (Nazrul)
9.MID MERANTO, Gua Musang, Kelantan -(Roslan)
10.MID BATU PAPAN, Gua Musang, Kelantan- (Kamarul Izham)
11.MID BUKIT TANDAK, Rantau Panjang, Kelantan -(faiz)
12.MID PALOH 2, Gua Musang, Kelantan -(Zuraini)
13.MID MENGKEBANG, Kuala Krai, Kelantan -(Siti Asma)

Peserta boleh memilih tempat yang paling dekat dengan tempat tinggal.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Hak cipta terpelihara MID Malaysia. Powered by Blogger.