KARNIVAL SANA SINI.......

KARNIVAL MINI RTC BUKIT BAYAN
MELAKA


Karnival Mini RTC Bukit Bayan telah diadakan pada 17 November 2012 (Sabtu) yang lepas. Pelbagai booth pameran dan jualan telah mengambil bahagian di dalam karnival ini. Antaranya PDRM, KPDNKK, Kementerian Kesihatan, SPR, MBMB, Ewa Malaysia, Gifarine dan pelbagai lagi. Ketua Menteri Melaka telah merasmikan Karnival dan penubuhan Mini RTC Bukit Bayan, Melaka. Di bawah ini saya lampirkan pelbagai gambar semasa aktiviti Karnival sedang berlangsung.


Pendaftaran peserta dan cabutan bertuah

Kanak-kanak sedang disiram air untuk program berkhatan


Pertandingan Mewarna kanak-kanak bawah 7thn


Pertandingan Gubahan Bunga dari kaum wanita


Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam

Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam, sedang menandatangan Plak Perasmian Mini RTC Bukit Bayan


Ketua Menteri Melaka sedang menandatangan buku pelawat


Bergambar bersama wakil EWA Malaysia dan pengurus-pengurus Mini RTC Melaka


Tapak parking kereta

Antara booth-booth Pameran yang turut serta memeriahkan karnival


Pertandingan Masakan 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PEMERIKSAAN HARTA MODAL & INVENTORI BAGI MID NEGERI MELAKA & N. SEMBILAN

PEMANTAUAN ASET ( HARTA MODAL & INVENTORI ) MEDAN INFODESA DI NEGERI MELAKA & N. SEMBILAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SALAM MERDEKA RAYA...




Jalan-jalan keliling kota
Singgah sebentar di hujung pekan
Marilah kita turut serta
Jalur Gemilang kita kibarkan



Berdera berkibar di rumah En Os
Di halaman rumah pasang pelita
menjelang tiba tiga puluh satu ogos
Tarikh kemerdekaan negara kita



Kaum melayu, cina dan india
Hidup sejahtera bersatu padu
Jasa pemimpin jangan di lupa
Rakyat terbilang negara maju.


Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1 Malaysia kita berjuang
Janji Kita di tepati

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 
SALAM KEMERDEKAAN 

DARI KAMI WARGA MID PENGKALAN RAMA PANTAI MELAKA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gotong royong sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak

" Kebersihan itu sebahagian daripada iman" .

   Sempena meraikan kedatangan bulan Ramadhan bulan yang mulia, bertarikh 12 Julai 2012 warga Medan Infodesa ( MID) Pengkalan Rama Pantai beserta para pengunjung setia MID telah menjalankan gotong royong membersihkan kawasan persekitaran MID.










Syukur alhamdulillah kerana ramai yang sudi hadir untuk membantu..selepas penat membersihkan kawasan persekitaran, mereka dijamu dengan sedikit jamuan...

ermm pisang goreng...
 & teh o..kurang manis...huhu

Sekian...
salam manis dari MID Pengkalan Rama Pantai

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MID RKT MERANTO, GUA MUSANG, KELANTAN.

AKTIVITI GOTONG-ROYONG

Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan penduduk / belia  di RKT Meranto dan agensi-agensi yang terlibat, aktiviti ini dijalankan dengan kerjasama Anggota Polis Balai Bertam, Pusat Kesihatan Gua Musang, KESEDAR RKT Meranto dan AJK Medan Infodesa RKT Meranto bagi membersihkan/keceriaan kawasan MID, Dewan Orang Ramai dan tapak baru bagi pembinaan Klinik Desa di RKT Meranto, Gua Musang, Kelantan.


 





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Hak cipta terpelihara MID Malaysia. Powered by Blogger.