PEMERIKSAAN HARTA MODAL & INVENTORI BAGI MID NEGERI MELAKA & N. SEMBILAN

PEMANTAUAN ASET ( HARTA MODAL & INVENTORI ) MEDAN INFODESA DI NEGERI MELAKA & N. SEMBILAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SALAM MERDEKA RAYA...




Jalan-jalan keliling kota
Singgah sebentar di hujung pekan
Marilah kita turut serta
Jalur Gemilang kita kibarkan



Berdera berkibar di rumah En Os
Di halaman rumah pasang pelita
menjelang tiba tiga puluh satu ogos
Tarikh kemerdekaan negara kita



Kaum melayu, cina dan india
Hidup sejahtera bersatu padu
Jasa pemimpin jangan di lupa
Rakyat terbilang negara maju.


Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1 Malaysia kita berjuang
Janji Kita di tepati

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 
SALAM KEMERDEKAAN 

DARI KAMI WARGA MID PENGKALAN RAMA PANTAI MELAKA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gotong royong sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak

" Kebersihan itu sebahagian daripada iman" .

   Sempena meraikan kedatangan bulan Ramadhan bulan yang mulia, bertarikh 12 Julai 2012 warga Medan Infodesa ( MID) Pengkalan Rama Pantai beserta para pengunjung setia MID telah menjalankan gotong royong membersihkan kawasan persekitaran MID.










Syukur alhamdulillah kerana ramai yang sudi hadir untuk membantu..selepas penat membersihkan kawasan persekitaran, mereka dijamu dengan sedikit jamuan...

ermm pisang goreng...
 & teh o..kurang manis...huhu

Sekian...
salam manis dari MID Pengkalan Rama Pantai

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MID RKT MERANTO, GUA MUSANG, KELANTAN.

AKTIVITI GOTONG-ROYONG

Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan penduduk / belia  di RKT Meranto dan agensi-agensi yang terlibat, aktiviti ini dijalankan dengan kerjasama Anggota Polis Balai Bertam, Pusat Kesihatan Gua Musang, KESEDAR RKT Meranto dan AJK Medan Infodesa RKT Meranto bagi membersihkan/keceriaan kawasan MID, Dewan Orang Ramai dan tapak baru bagi pembinaan Klinik Desa di RKT Meranto, Gua Musang, Kelantan.


 





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENILAIAN OUTCOME ,KAMPUNG GADEK, MELAKA


Borang Kaji selidik yang telah disediakan oleh pihak kementerian untuk di isi oleh  "enumerator"
Bagi memenuhi keperluan yang digariskan oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan , Jabatan Perdana Menteri di samping melihat keberkesanan Medan Infodesa sebagai pusat latihan ICT setempat, satu kerja lapangan penilaian "outcome" telah dijalankan di Kampung Gadek Melaka.

Sebahagian pengurus Mid Melaka telah di lantik sebagai "enumerator" bagi melaksanakan tugasan ini.
Alhamdulillah kami berjaya melaksanakan tugasan yang di berikan pada tanggal 16 & 17 Jun 2012.



Oleh kerana faktor jarak, terdapat beberapa pengurus Mid yang terpaksa menginap di Homestay Gadek....


Bagai di penjara janji...huhu , antara corat -coret sekitar kerja lapangan  di jalankan

Kesudian untuk ditemu ramah serta layanan mesra oleh penduduk Kampung Gadek amatlah kami hargai.


Pengurus -pengurus yang terlibat....p/s : Sila abaikan  buah durian di bawah tue...hehehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Hak cipta terpelihara MID Malaysia. Powered by Blogger.