Program Mesra Rakyat dan Kenduri Kampung di Rumah Sejahtera di Kampung Bangau Tanjung

Program Mesra Rakyat dan Kenduri Kampung di Rumah Sejahtera (Rumah Orang-orang Tua) di Kampung Bangau Tanjung, Temerloh, Pahang.  Majlis ini dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Seri Haji Mohd Shafie bin Hj Apdal, Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ahli Parlimen Temerloh iaitu Yang Berhormat Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan juga Yang Berhormat Dato Mohamad Sharkar bin Shamsuddin selaku Adun Lanchang.

Kampung ini telah dipilih kerana telah menjuarai Pertandingan Kampung Terbaik Peringkat Daerah Temerloh bagi tahun 2011.  Pelbagai aktiviti telah dilakukan sempena majlis ini antaranya sukan rakyat, kenduri kampung dan juga lawatan ke sangkar ikan patin.  Pengurus MID Negeri Pahang disekitar Daerah Temerloh juga dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Hak cipta terpelihara MID Malaysia. Powered by Blogger.