KARNIVAL SANA SINI.......

KARNIVAL MINI RTC BUKIT BAYAN
MELAKA


Karnival Mini RTC Bukit Bayan telah diadakan pada 17 November 2012 (Sabtu) yang lepas. Pelbagai booth pameran dan jualan telah mengambil bahagian di dalam karnival ini. Antaranya PDRM, KPDNKK, Kementerian Kesihatan, SPR, MBMB, Ewa Malaysia, Gifarine dan pelbagai lagi. Ketua Menteri Melaka telah merasmikan Karnival dan penubuhan Mini RTC Bukit Bayan, Melaka. Di bawah ini saya lampirkan pelbagai gambar semasa aktiviti Karnival sedang berlangsung.


Pendaftaran peserta dan cabutan bertuah

Kanak-kanak sedang disiram air untuk program berkhatan


Pertandingan Mewarna kanak-kanak bawah 7thn


Pertandingan Gubahan Bunga dari kaum wanita


Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam

Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam, sedang menandatangan Plak Perasmian Mini RTC Bukit Bayan


Ketua Menteri Melaka sedang menandatangan buku pelawat


Bergambar bersama wakil EWA Malaysia dan pengurus-pengurus Mini RTC Melaka


Tapak parking kereta

Antara booth-booth Pameran yang turut serta memeriahkan karnival


Pertandingan Masakan 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PEMERIKSAAN HARTA MODAL & INVENTORI BAGI MID NEGERI MELAKA & N. SEMBILAN

PEMANTAUAN ASET ( HARTA MODAL & INVENTORI ) MEDAN INFODESA DI NEGERI MELAKA & N. SEMBILAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SALAM MERDEKA RAYA...




Jalan-jalan keliling kota
Singgah sebentar di hujung pekan
Marilah kita turut serta
Jalur Gemilang kita kibarkan



Berdera berkibar di rumah En Os
Di halaman rumah pasang pelita
menjelang tiba tiga puluh satu ogos
Tarikh kemerdekaan negara kita



Kaum melayu, cina dan india
Hidup sejahtera bersatu padu
Jasa pemimpin jangan di lupa
Rakyat terbilang negara maju.


Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1 Malaysia kita berjuang
Janji Kita di tepati

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 
SALAM KEMERDEKAAN 

DARI KAMI WARGA MID PENGKALAN RAMA PANTAI MELAKA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gotong royong sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak

" Kebersihan itu sebahagian daripada iman" .

   Sempena meraikan kedatangan bulan Ramadhan bulan yang mulia, bertarikh 12 Julai 2012 warga Medan Infodesa ( MID) Pengkalan Rama Pantai beserta para pengunjung setia MID telah menjalankan gotong royong membersihkan kawasan persekitaran MID.










Syukur alhamdulillah kerana ramai yang sudi hadir untuk membantu..selepas penat membersihkan kawasan persekitaran, mereka dijamu dengan sedikit jamuan...

ermm pisang goreng...
 & teh o..kurang manis...huhu

Sekian...
salam manis dari MID Pengkalan Rama Pantai

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MID RKT MERANTO, GUA MUSANG, KELANTAN.

AKTIVITI GOTONG-ROYONG

Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan penduduk / belia  di RKT Meranto dan agensi-agensi yang terlibat, aktiviti ini dijalankan dengan kerjasama Anggota Polis Balai Bertam, Pusat Kesihatan Gua Musang, KESEDAR RKT Meranto dan AJK Medan Infodesa RKT Meranto bagi membersihkan/keceriaan kawasan MID, Dewan Orang Ramai dan tapak baru bagi pembinaan Klinik Desa di RKT Meranto, Gua Musang, Kelantan.


 





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENILAIAN OUTCOME ,KAMPUNG GADEK, MELAKA


Borang Kaji selidik yang telah disediakan oleh pihak kementerian untuk di isi oleh  "enumerator"
Bagi memenuhi keperluan yang digariskan oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan , Jabatan Perdana Menteri di samping melihat keberkesanan Medan Infodesa sebagai pusat latihan ICT setempat, satu kerja lapangan penilaian "outcome" telah dijalankan di Kampung Gadek Melaka.

Sebahagian pengurus Mid Melaka telah di lantik sebagai "enumerator" bagi melaksanakan tugasan ini.
Alhamdulillah kami berjaya melaksanakan tugasan yang di berikan pada tanggal 16 & 17 Jun 2012.



Oleh kerana faktor jarak, terdapat beberapa pengurus Mid yang terpaksa menginap di Homestay Gadek....


Bagai di penjara janji...huhu , antara corat -coret sekitar kerja lapangan  di jalankan

Kesudian untuk ditemu ramah serta layanan mesra oleh penduduk Kampung Gadek amatlah kami hargai.


Pengurus -pengurus yang terlibat....p/s : Sila abaikan  buah durian di bawah tue...hehehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MESYUARAT LEMBAGA PENGURUSAN MEDAN INFODESA ( KKLW CAWANGAN NEGERI MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN )

 Pada tanggal 4 Jun 2012 , telah berlansung Mesyuarat Lembaga Pengurusan Medan Infodesa ( MID) BIL 1/ 2012 di bawah PCN  Negeri Sembilan /Melaka bertempat di bilik mesyuarat Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek Cawangan Negeri Sembilan.

Antara agenda yang di bahaskan ketika mesyuarat ialah

* Pembentangan secara ringkas mengenai laporan aktiviti setiap MID

* Perbincangan program yang bakal dilaksanakan
( Program menjurus kepada penjanaan pendapatan di MID)

* Membincangkan hal ehwal kebajikan para pengurus

* Perlantikan AJK Persatuan MID Malaysia- wakil Negeri Sembilan/ Melaka


Gambar-gambar sekitar berlansungnya mesyuarat :


Wakil Pegawai dari Bahagian Pengupayaan Komuniti & Infodesa, En Mohd Zairi Bin Said ( baju putih)
di sebelah beliau ialah Pengarah PCN N.Sembilan/ Melaka , En Adnan Bin Ahmad
Sebahagian para pengurus yang hadir...
Gabungan mantap antara Pengurus Mid N. Sembilan dan Melaka, Semoga mendatang impak kepada hala tuju Medan Infodesa..



Sekian.. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ujian Penerimaan Pengguna Medan Infodesa Kampung Parit Tengah



Pusat Kajian e-Komuniti (eKom), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  telah mengadakan Ujian Penerimaan Pengguna (User Acceptance Test, UAT) bagi Portal Komuniti Kita bertempat di Medan Infodesa Kampung Parit Tengah, pada 30 Jun 2012.

Latar Belakang Projek

Portal Komuniti Kita merupakan sebuah portal komuniti yang mengandungi pautan kepada maklumat yang bersesuaian dengan kehendak kumpulan sasar program merapatkan jurang digital iaitu kumpulan kanak-kanak, belia, wanita, warga emas, orang asli, enterpris mikro, kecil  dan sederhana (SMME), orang kurang upaya, masyarakat berpendapatan rendah dan komuniti pedalaman. Kandungan dan gaya persembahan Portal Komuniti Kita telah direka berdasarkan kepada kehendak dan keperluan kumpulan-kumpulan sasar tersebut

Objektif UAT

Bagi tujuan tersebut, objektif bengkel adalah untuk;
  • Menguji Portal Komuniti Kita bersesuaian dengan kehendak dan keperluan kumpulan sasar.
  • Memastikan portal bersedia untuk go-live dengan sempurna; 
  •  Memperbaiki dan menambahbaik Portal daripada komen dan input dari kumpulan sasar portal.
  • Membolehkan penyelenggaraan portal dan menjadi lebih efisien serta boleh digunakan di Telecentre.


Agenda

Ujian Penerimaan Pengguna (User Acceptance Test, Uat) Bagi  Portal Komuniti Kita
Tarikh                :  30 Jun 2012
Tempat               : Medan Infodesa, Kg Parit Tengah, Johor

Sesi UAT mengikut slot seperti di bawah:

MASA
KUMPULAN SASAR
10.30– 11.00 pagi
Pendaftaran/ Minum pagi
11.00-12.00 tengahari
Orang Asli, Wanita
12.00-1.00 petang
Orang Kurang Upaya, Warga Emas
1.00-2.30 petang
Rehat/ Makan tengahari
2.30 -3.30 petang
Usahawan Kecil Sederhana, Remaja
3.30-4.30 petang
Belia, Kanak-kanak
4.30-5.00 petang
Minum petang
5.00 petang
Bersurai

Jawatankuasa Bengkel:

Pengerusi:
Prof.Madya Dr. Supyan Hussin (Ketua Projek SK/01/2011/GLKK)

Setiausaha:
Siti Norlinda Ramli                                                                        
AJK Bengkel
Prof. Madya Dr. Jalaluddin Abdul Malek
Prof. Madya Dr. Rosseni Din                                                                           
Dr. Mohamad Fauzi Sukimi                                                                          
Dr. Jamaluddin Aziz                                                                        
Dr. Zaini Amir                                                                                           
Dr. Nor Fariza Mohd Nor                                                                
Dr. Mohd Yusof Abdullah                                                                                    Dr.Hasnah Toran                                                                                                         
Dr. Nadzrah Abu Bakar                                                                                             
Dr. Ahmad Rizal Bin Mohd Yusof                                                                       
Puan Fuzirah Hashim
Cik Aidah Abdul Karim

Pembantu Penyelidik:
Normah Sulaiman
Mohd Asruladlyi Ibrahim
Fadzillah Noor
Mohamad Radzi

Turut Dihadiri:
Wakil Kumpulan Sasar Portal
Wakil MID (Pengurus MID)
JKKK Kg Parit Tengah


























  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Hak cipta terpelihara MID Malaysia. Powered by Blogger.