SALAM MERDEKA RAYA...




Jalan-jalan keliling kota
Singgah sebentar di hujung pekan
Marilah kita turut serta
Jalur Gemilang kita kibarkan



Berdera berkibar di rumah En Os
Di halaman rumah pasang pelita
menjelang tiba tiga puluh satu ogos
Tarikh kemerdekaan negara kita



Kaum melayu, cina dan india
Hidup sejahtera bersatu padu
Jasa pemimpin jangan di lupa
Rakyat terbilang negara maju.


Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1 Malaysia kita berjuang
Janji Kita di tepati

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 
SALAM KEMERDEKAAN 

DARI KAMI WARGA MID PENGKALAN RAMA PANTAI MELAKA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Eyna said...

Terbaik!!

Post a Comment

Hak cipta terpelihara MID Malaysia. Powered by Blogger.