Pertandingan Komuniti 1 Malaysia (Komuniti Bestari) Terbaik Peringkat Kebangsaan 2011

Sambutan kedatangan panel penilai untuk Pertandingan Komuniti 1 Malaysia (komuniti Bestari ) Terbaik Peringkat Kebangsaan 2011.
Pada : 29 November 2011
Masa : 3.00 Ptg







Sambutan dimulakan dengan iringan bunga manggar dan paluan kompang . Kemudian panel dibawa melawat tapak pertandingan Gubahan Bunga , pameran dari Araz Success , demonstrasi memasak kuih goyang dan kuih karas, Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan taklimat berkenaan Komuniti di Dewan Bestari.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis Perasmian Penutup


Majlis perasmian penutup 'Program Satu Rumah Satu Sukarelawan anjuran Rela Daerah Jasin dan 'Program Gerak Kerja Tumpu Kemas (PGKTK) telah diadakan 
           Tempat     : Dataran Rekreasi Sg. rambai
Tarikh       : 19 November 2011
    Masa        : 9.00 Pagi - 12.00 Tgh
         Program dari pihak Rela adalah pencarian ahli baru bagi menambah keahlian Rela kawasan Jasin. Bagi yang berminat perlu mendaftarkan diri di Pejabat Rela kawasan Jasin berserta salinan photostat kad pengenalan dan 2 keping gambar untuk tujuan pemprosesan kad ahli. Banyak kemudahan yang akan diperolehi setelah menjadi anggota Rela.
         Antara acara penutup yang telah dijalankan adalah Sukaneka Rakyat Dun Sg. Rambai. Seramai 6 kumpulan yang menyertai terdiri dari orang kampung , warga Kemas, warga Rela dan kanak-kanak. Antara acara yang telah dijalankan ialah menyedut air menggunakan straw, lari kaki 3, menarik bola menggunakan gelung rotan , membaling belon menggunakan kain, lari dalam kain batik dan gerakan menggunakan dadu
        Program ini adalah kerjasama antara pihak Rela kawasan Jasin dan pihak Kemas Dun Sg. Rambai. Perasmian penutup telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Hasan B Abd Rahman Adun kawasan Sg. Rambai, Melaka

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sejarah Kampung Gagu

SEJARAH DAN ASAL NAMA KAMPUNG GAGU


Asa mulo kato dahulu, Tigo Limbago nan terjadi, Patamo, sambah menyambah, Kaduo, baso jo basi, Katigo, siriah jo pinang ’.

Kampung Gagu terletak jaraknya 8 km dari pekan Kuala Klawang di Daerah Jelebu. Pemandangan kawasan kampung ini amat indah dengan diapit oleh bukit bukau, hamparan tanaman padi dan kawasan kebun getah serta dusun. Keluasan kampung keseluruhannya ialah 650 ekar termasuk Kampung Sungai Legom di bawah pentadbiran JKKK Kg. Gagu. Majoriti penduduk kampung Gagu adalah Etnik Minangkabau.

Kampung ini telah dibuka lebih dari 150 tahun yang lalu oleh peneroka yang berasal dari Minangkabau, Sumatra Barat . Asalnya kampung ini dipanggil kampung “ solok ” yang bererti “ hulu ”, saperti yang terdapat di beberapa buah kampung di Minangkabau kerana kawasannya yang agak terpencil. Ramai yang berpendapat dan merumuskan nama Kampung Gagu ini berasal dari perkataan “ ragu ” kononnya sekumpulan penduduk asal dari Minangkabau yang datang awalnya berkeadaan ragu-ragu apabila sampai di kaki Bukit Baling-Baling yang merupakan bukit tertinggi yang memisahkan Kampung Renal dan Kampung Geliu, di Hulu Klawang.

Gelaran Datuk Empat sebagai Ketua Kampung adalah gelaran yang dibawa dari Minangkabau. Dibawah naunganya ada empat suku minang yang utama:

- Suku Kota Piliang,

- Suku Sikumbang,

- Suku Jambak

- Suku Caniago

Datuk Empat adalah sebagai ketua adat dan ketua pentadbiran kampung ketika itu.

Kini kampung Gagu telah berkembang maju, boleh dihubungi melalui jalanraya yang berturap, mempunyai prasarana dan kemudahan asas yang baik dan setanding dengan kampung-kampung lain untuk kegunaan penduduk kampung. Kini kampung ini telah ditadbir oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung yang dilantik oleh kerajaan seperti mana kampung-kampung yang lain.

Kampung Gagu juga lebih terkenal dengan kebudayaan unik yang kebanyakkannya masih mengekalkan adat dan tradisi dari Minangkabau seperti tarian randai, cak lempong dan tari piring (tarinai) untuk upacara nikah kahwin dan menyambut tetamu serta pengunjung. Banyak badan-badan NGO dan orang persaorangan datang melawat kekampung ini khususnya untuk melihat lebih dekat keunikan yang ada dalam masyarakatnya.

Tidak hairanlah semenjak tahun 2000 lagi kampung ini telah banyak memenangi pelbagai anugerah dan penghargaan dari pihak-pihak tertentu. Sebagai contoh pada tahun 2009 kampung ini telah berjaya memenangi pertandingan Anugerah Desa Cemerlang di peringkat Daerah Jelebu dan layak bertanding ke peringkat negeri serta mewakili Negeri Sembilan keperingkat Kebangsaan.

Di kampung inilah juga tempat lahirnya tokoh tersohor, yang telah banyak berjasa memperjuangkan tentang sosio-budaya dan warisan melayu lama iaitu Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Bagi penduduk setempat ketokohan YB Dato’ Dr Rais Yatim tiada bandingannya, bak kata adat, beliau ibarat pemimpin yang tak lekang dek paneh dan tak lapuk dek hujan.


http://kggagu.blogspot.com/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pertandingan Komuniti 1 Malaysia Dun Sungai Rambai , Melaka

  

Komuniti Bestari Sungai Rambai , Melaka telah menerima kunjungan Panel bagi Pertandingan Komuniti 1 Malaysia pada 27 Oktober 2011

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Hak cipta terpelihara MID Malaysia. Powered by Blogger.